KOTA KINABALU: Tambadau Sabah perlu bermain lebih baik bagi memastikan rentak kemenangan dapat diteruskan apabila berhdapan dengan PDRM pada saingan Liga Premier di Stadium Hang Jebat, Melaka esok (19 Jun).

“Ia adalah pesembahan di bawah tahap sebenar walaupun menang (1-0) ke atas Negeri Sembilan di Stadium Likas, Sabtu lalu.

“Saya yakin kita boleh bermain lebih baik dari itu dan ini perlu apabila berhadapan dengan PDRM di tempat lawan Rabu ini,” kata pengurus pasukan Henry Saimpon dalam kenyataannnya pada Isnin.

Henry Saimpon

Katanya, kemenangan 3-1 ke atas PDRM pada pusingan pertama di Stadium Likas bukan jaminan untuk mereka mendapat laluan mudah.

Menang tiga dari empat perlawanan di pusingan kedua setakat ini adalah amaran jelas bahawa PDRM mampu membuat kejutan.

PDRM juga telah menjaringkan 10 gol dalam empat perlawanan itu termasuk membelasah Sarawak 6-2 dan membuat kejutan mengalahkan JDT II 1-0. PDRM juga menang 3-2 ke atas UKM FC pada perlawanan terakhir selepas tewas 1-0 ditangan Terengganu FC II sebelumnya.

Tambadau pula hanya menjaringkan tiga gol tetapi gawangnya juga belum dibolosi dalam empat perlawanan pusingan kedua dengann rekod tiga kemenangan dan satu seri.

Tambadau menang 1-0 ke atas Selangor United, UKM FC dan Negeri Sembilan manakala seri tanpa jaringan dengan Pulau Pinang.

“Belum dibolosi pada pusingan kedua adalah perkara positif. Kalau dapat pertahankan gawang dari dibolosi, dapat satu gol pun memadai…yang penting dapat tiga mata.

“Kita perlu elakkan dari keciciran mata untuk terus mengukuhkan peluang merealisasikan sasaran naik ke Liga Super musim depan,” kata Henry.

Skuad kendalian Jelius Ating bagaimanapun tanpa ketua pasukan Rawilson Batuil untuk dua perlawanan termasuk esok kerana menjalani penggantungan permainan ekoran telah mengumpul enam kad kuning.

“Ketiadaan Jipun (Rawilson) adalah satu kehilangan tetapi saya percaya barisan jurulatih yang diketuai Jelius ada penyelesaian untuk ini. Kita masih ada beberapa pemain pertahanan termasuk Mafry (Balang) dan Randy (Baruh) yang boleh menggalas tugas itu.

“Jelius dijangka akan memutuskan senarai pemain utama lewat petang ini (kelmarin). Siapaun yang disenaraikan, kalau dapat memberikan persembahan terbaik mereka, saya yakin kita mampu meneruskan rentak kemenangan,” kata Henry.

Tambadau kini di kedudukan kedua dengan 28 mata selepas 14 perlawanan iaitu hanya satu mada di belakang JDT II di tangga teratas. JDT II juga sudah beraksi 15 perlawanan.

Turut memberi saingan sengit untuk dua kedudukan teratas yang diperuntukkan ke Liga Supper ialah UiTM FC yang telah mengumpul 27 mata di tangga keempat dan Terengganu FC II (23 mata) di tangga keempat.

PDRM kini dikedudukan ketujuh dengan 18 mata.

***Kelantan ditolak tiga mata atas keputusan FIFA.

 

Jadual perlawanan

Hari ini (18 Jun)
Kelantan lwn JDT II
N Sembilan lwn Selangor Utd

19 Jun
PDRM lwn Sabah
Sarawak lwn UKM FC
UiTM FC lwn P Pinang

 

Media SAFA

Please follow and like us:
error