Peter (berdiri lima dari kiri di depan), AMT SAFA bersama anggota skuad Tambadau selepas perlawanan Liga Premier menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka, Rabu lalu. Tambadau menang 2-1 perlawanan itu dan mengambil alih kedudukan teratas liga dari tangan JDT II

Liga Premier

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Peter Anthony berharap skuad Tambadau tidak mensia-siakan peluang menjuarai Liga Premier musim ini dan naik ke Liga Super musim depan yang kini begitu hampir dengan mereka.

“Kami telah berkerja keras untuk sampai ke tahap sekarang. Banyak cabaran tetapi pasukan kini sudah di persada liga dan kita tidak mahu usaha ini tersia-sia pada lima perlawanan terakhir.

“Saya yakin gelaran juara dan sasaran naik ke Liga Super musim depan ┬áboleh dicapai dengan syarat ┬ápemain terus berkerja keras,” kata Peter ketika dihubungi, Khamis.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur antara yang datang menyaksikan Tambadau menumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-1 dalam saingan Liga Premier di Stadium Hang Jebat, Melaka dua hari lalu.

Kemenangan yang memberikan mata ke-31 itu menyaksikan Tambadau buat pertama kalinya menduduki takhta liga musim ini.

“Kemenangan itu hasil kerja berpasukan dan semangat juang tinggi pemain.

“Tahniah kepada pengurusan, jurulatih, pegawai pasukan dan pemain. Jadikan kedudukan sekarang sebagai penyemarak semangat untuk terus berjuang dengan gigih mengharungi baki lima lagi perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan itu, Tambadau ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Lee Chang Hoon pada minit ke-33.

Tambadau bagaimanapun bangkit dengan dua gol pada babak kedua untuk keluar sebagai pemenang.

Penyerang import, Rodoljub Paunovic menyamakan kedudukan pada minit ke-76 sebelum pemain sayap Alto Linus muncul wira menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82.

Kemenangan itu menyaksikan Tambadau mengambil alih kedudukan teratas dari JDT II dengan kelebihan satu mata di samping kurang satu perlawanan.

Tambadau akan meneruskan cabaran menentang Sarawak di Stadium Likas pada 26 Jun.

Kedudukan

***Kelantan ditolak tiga mata atas keputusan FIFA.

Jadual perlawanan
25 Jun
JDT II vs UiTM FC
Selangor Utd vs PDRM

26 Jun
Sabah vs Sarawak
UKM FC TFC II
P Pinang vs N Sembilan

 

Sumber : Media SAFA

Please follow and like us:
error