PERLAWANAN amal antara Tambadau Sabah dan pasukan Pilihan Keningau di Stadium Keningau, Jumaat lalu berjaya mengutip lebih RM21,000. Wang tersebut telah disampaikan kepada dua bekas pemain Sabah iaitu Paulus Jimit dan Jelius Arurung yang turut bersama pada perlawanan itu.

Paulus lumpuh disebabkan serangan angin ahmar manakala Jelius menghidap masalah buah pinggang telah hilang penglihatan.

Ia adalah program amal Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang diterajui pemangku presiden Datuk Peter Anthony yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur. Peter sebelum itu mengetuai rombongan SAFA melawat Paulus di kediamannya di Tambunan.

Kelihatan digambar warga SAFA diketuai Peter dan pemain Pilihan Keningau bersama Paulus (kerusi rod di kanan) dan Jelius sebelum perlawanan. Perlawanan amal itu berpihak kepada Tambadau Sabah dengan kemenangan 4-0.

 

Sumber : Media SAFA

Please follow and like us:
error