Persatuan Bola Sepak Sabah atau Sabah FA adalah sebuah kelab bola sepak profesional yang mewakili negeri Sabah dalam kejohanan bola sepak di Malaysia.sebelum itu, pasukan ini dikenali dengan “The North Borneo Football club (NBFC)” sebelum di tukar kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) pada tahun 1977. Stadium utama pasukan ini ialah Stadium Likas yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Beberapa pemain kebangsaan Malaysia telah dilahirkan dari pasukan ini seperti Matlan Marjan dan penyerang kembar Malaysia era 80-an Hassan Sani dan James Wong serta penjaga Gol Peter Rajah.