Henry Saimpon

KOTA KINABALU: Pengurus pasukan Henry Saimpon ajak penyokong datang beramai-ramai memberi sokongan semangat kepada Tambadau Sabah melayani kunjungan UiTM FC dalam saingan Liga Premier di Stadium Likas malam esok (Sabtu).

Menjangkakan ia satu perlawanan sengit dengan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan satu mata, katanya, Tambadau Sabah perlukan tambahan tenaga dari sokongan padu penyokong untuk memburu tiga mata penuh yang sangat diperlukannya.

“Esok (malam ini) kita berhadapan dengan situasi menang atau dipintas lawan. Sebab itu, ia adalah perlawanan yang perlu kita menang terutama kita bermain di gelanggang sendiri. Tentunya gelanggang sendiri ini memberi kelebihan besar jika dipenuhi dengan penyokong.

“Pasukan kita dalam keadaan baik tetapi ada beberapa pemain utama tidak dapat disenaraikan kerana kecederaan dan penggantungan permainan.

“Bagaimanapun saya percaya barisan jurulatih yang diketuai Jelius Ating juga sudah ada rencana terbaik untuk pasukan memburu kemenangan. Oleh itu marilah datang beramai-ramai memberi sokongan padu kepada pasukan,” kata Henry ketika ditemui di sini, Jumaat.

 

Sumber : Media SAFA

Please follow and like us:
error