Junior (tengah) meraikan jaringan bersama Maxsius Musa (kiri) dan Paunovic.

KOTA KINABALU: Dua gol Luiz Carlos Junior membantu Tambadau Sabah menundukkan Pulau Pinang 2-0 dan saingan Liga Premier di Stadium Likas malam tadi.

Junior menanduk masuk sepakan sudut Sabri Sahar untuk meletakkan Tambadau 1-0 di hadapan seawal minit ketiga.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Selepas rehat, Junior mengesahkan kemenangan 2-0 Tambadau Sabah dengan menolak masuk umpanan Rodoljub Paunovic di dalam kotak penalti.

Tambadau Sabah mencipta beberapa peluang lagi tapi gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah skuad bimbingan Jelius Ating kepada enam perlawanan berturut-turut.

Ia menyaksikan Tambadau Sabah memintas JDT II di tangga teratas dengan 14 mata selepas tujuh perlawanan dengan rekod empat menang m dua seri dan satu kalah.

JDT II juga mengumpul 14 mata tetapi dijarakkan oleh perbezaan jaringan yang berpihak kepada Tambadau Sabah.

Selepas ini Tambadau Sabah akan beralih tumpuan kepada saingan Shopee Piala FA menentang Kelantan United FC ditempat lawan pada 3 Mac.

Shopee Piala FA dijalankan secara kalah mati.

 

Sumber : Media SAFA

Please follow and like us:
error